free wysiwyg web page generator software

Mengenai Kami
(Di Sebalik Tabir)

Pengenalan

Latar Belakang GLOBAL UTHM

1'st October 2016
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 7 April 2015 bertujuan mentransformasikan pendidikan tinggi negara dan memperkasakannya ke tahap yang lebih cemerlang lagi. PPPM (PT) mengandungi 10 Lonjakan dan Pembelajaran dalam Talian secara Global (Globalised Online Learning (GOL)) merupakan Lonjakan Kesembilan (L9). Matlamat L9 ini adalah menjadikan Malaysia hub pendidikan di peringkat antarabangsa dengan memanfaatkan e-Pembelajaran sebagai wadah untuk menyampaikan program dan kursus yang boleh diketengahkan di peringkat global.

Fokus utama GOL adalah untuk memperkasakan pendidikan terbuka dalam bentuk Open Educational Resources (OER), Open CourseWare (OCW) dan juga Massive Open Online Courses (MOOCs).


Inisiatif terpilih L9 adalah seperti berikut: 

  1. Pembelajaran Teradun (Blended Learning): Menjadikan pembelajaran dalam talian sebagai komponen bersepadu bagi pendidikan tinggi, dengan 70% daripada kursus menggunakan mod “blended learning” menjelang 2025. 
  2. MOOCs: Melancarkan MOOCs bagi kursus yang menonjolkan identiti Malaysia (Perbankan dan Kewangan Islam), mensasarkan 50% enrolmen antarabangsa serta mempromosikan inisiatif MOOCs kepada rakyat umum di Malaysia dan global. 
  3. NeLC: Menubuhkan Pusat e-Pembelajaran Negara untuk menyokong pembangunan kandungan yang boleh dikongsi, menubuhkan platform kebangsaan dan membina perkongsian pintar dan strategik. 
  4. Pemindahan Kredit (Credit Transfer): Mewujudkan mekanisme pemindahan kredit untuk pelajar menamatkan kursus dalam talian secara global. 
  5. Infrastruktur: Menyediakan infrastruktur bagi menyampaikan pembelajaran dalam talian yang berskala.


Dasar ePembelajaran Negara (DePAN 1.0) untuk 2011-2015 telah dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi pada April 2011 bertujuan menyokong PSPTN dan menyediakan garis panduan kepada IPT dalam melaksanakan aktiviti e-pembelajaran mereka. Fokus utama DePAN 1.0 adalah untuk mempertingkatkan kualiti P&P ke tahap yang lebih tinggi. 


Sesuai dengan PPPM (PT) 2015-2025, DePAN 2.0 telah digubal dan akan dilancarkan. Di samping mempertingkatkan kualiti P&P, DePAN 2.0 juga turut menyokong kepada pelaksanaan aktiviti yang telah ditetapkan di dalam PPPM (PT) 2015-2025 untuk L9. 


DePAN 2.0 mempunyai 6 tonggak seperti berikut: 

Tonggak 1 : Infrastruktur dan Infostruktur 

Tonggak 2 : Governans 

Tonggak 3 : Pedagogi dalam Talian

Tonggak 4 : e-Kandungan 

Tonggak 5 : Perkembangan Profesional 

Tonggak 6 : Pembudayaan 


Setiap tonggak ini pula mempunyai domainnya yang tersendiri dan setiap domain ini pula mempunyai aktiviti yang perlu dilaksanakan dengan petunjuk prestasi tertentu mengikut fasa bagi tempoh 2015-2025.

e-Pembelajaran di UTHM

ePembelajaran di UTHM bermula sejak tahun 1999 dengan penubuhan Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (PDP). Selain dari menyediakan latihan berkaitan P&P kepada staf akademik, PDP juga menyediakan kursus berkaitan ePembelajaran dan penyediaan bahan P&P berbentuk elektronik dan atas talian.


Pada tahun 2007, Pusat Pembangunan Akademik (CAD) telah ditubuhkan dengan menggabungkan Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) dan Jabatan Kualiti Akademik. Aktiviti e-Pembelajaran adalah di bawah seliaan Jabatan Pengajaran dan Pembelajaran.  


Antara tanggungjawab CAD adalah memantau, merancang serta menyelaras aktiviti e-Pembelajaran di UTHM. Ini termasuk pembangunan Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System – LMS), latihan, pembangunan bahan serta kaedah pedagogi e-Pembelajaran.


Bermula 2015, CAD juga bertindak sebagai pemain utama kepada perkembangan dan pembangunan kursus MOOC UTHM, selaras dengan perkembangan terkini inisiatif e-Pembelajaran di peringkat kebangsaan.






Penubuhan GLOBAL

Dengan tertubuhnya GLOBAL, aktiviti berkaitan e-Pembelajaran terutamanya latihan berkaitan pembelajaran teradun (Blended Learning), pembangunan bahan bagi tujuan kursus di bawah kategori MOOC serta keperluan infrastuktur (hardware dan software) berjalan dengan lebih sistematik dan berkesan.

Penubuhan GLOBAL

Pusat Pembelajaran Atas Talian Tahap Global (GLOBAL) ditubuhkan pada 15 Ogos 2016 (Pekeliling Am Bil. 32 Tahun 2016) bertujuan memperkasakan lagi sistem penyampaian P&P di UTHM melalui kaedah dan pendekatan yang inovatif. Pusat ini akan menjadi tonggak utama kepada pelaksanaan Lonjakan 9 PPPM-PT (2015 - 2025) dan Pelan Transformasi Universiti (UTAP).


Pusat ini diketuai oleh seorang Ketua Pusat dan dibantu oleh empat orang Ketua Jabatan yang mengendalikan aktiviti-aktiviti utama GLOBAL UTHM, iaitu:

  1. Jabatan Pembangunan e-Kandungan - JPeG
  2. Jabatan Rekabentuk Instruksional dan Sokongan- IRiS
  3. Jabatan Pembangunan Sistem dan e-Infrastruktur- PIXeL
  4. Jabatan UCiTV - UCiTV


Bagi memastikan semua fungsi dan peranan GLOBAL UTHM berjalan lancar, setiap jabatan disokong oleh dua unit iaitu unit Pentadbiran dan Kewangan serta unit ICT.


VISI / VISION

Ke arah pengajaran dan pembelajaran dalam talian tahap global

Towards global online teaching and learning

 

 

MISI / MISSION

Menerajui pembangunan dan penggunaan teknologi pengajaran dan pembelajaran dalam talian ke arah modal insan yang holistik

 

 

MOTTO / MOTTO

 #KasiJadi

#MakeItHappen

 

 

HALA TUJU / DIRECTION

Membangunkan kandungan digital yang innovatif dan interaktif

Developing an interactive and innovative digital content

 

Objektif Kualiti Pusat

  1. Melaksanakan 30 program latihan pembangunan profesional e-Pembelajaran setahun.
  2. Merancang dan melaksanakan 4 kursus pembangunan MOOC UTHM setahun.
  3. Menghasil dan menerbit 100 video setahun.
  4. Menghasilkan laporan penggunaan sistem AUTHOR bagi setiap semester.

 

Objektif / Fungsi Pusat

1. Membantu mereka bentuk serta memberi khidmat nasihat berkaitan pembangunan kursus dan bahan dalam talian berkaitan MOOC, OCW, OER, Gamifikasi, Augmented Reality dan lain-lain.

 

2. Merancang dan melaksanakan latihan berkaitan MOOC, Pembelajaran Teradun (Blended Learning), Pembangunan bahan e-Pembelajaran pantas (Rapid e-Content Development), pembelajaran mudah alih (Mobile Learning), Gamifikasi (Gamification), Reka bentuk Instruksi (ID) e-Pembelajaran dan e-Penaksiran (e-Assessment).

 

3. Membantu staf akademik dalam penyediaan kandungan e-Pembelajaran yang kreatif dan interaktif.

 

4. Membantu staf akademik membangun bahan e-Pembelajaran secara pantas (Rapid Content Development).

 

5. Membangun, mencubalari, melaksana dan menyelia Sistem Integrasi e-Pembelajaran; Sistem repositori bahan terbuka (Open Educational Resources – OER), Sistem e-Portfolio Pengajaran, Sistem e-Pentaksiran (e-Assessment) dan lain-lain keperluan sistem e-Pembelajaran.

 

6. Menyedia khidmat sokongan teknikal e-Pembelajaran.

 

7. Menyelia dan memantau pelaksanaan dasar dan polisi berkaitan e-Pembelajaran dan aktiviti CQI


8. Menyedia dan menerbit garis panduan dan manual berkaitan pelaksanaan e-Pembelajaran dan penggunaan sistem.

Organisasi GLOBAL UTHM

Staf GLOBAL UTHM

Pusat Pembelajaran Atas Talian Tahap Global, UTHM

“Pengarah”

Prof. Madya Siti Hawa binti Ruslan

“Ketua Jabatan Pembangunan e-Kandungan”

Dr. Azli bin Nawawi

“Ketua Jabatan Rekabentuk Instruksi dan Sokongan"

Ts. Dr. Sabariah binti Musa

“Ketua Jabatan UCiTV”

Ts. Hj. Mohd Hamim bin Sanusi@Ikhsan

“Ketua Jabatan Pembangunan Sistem dan e-Infrastruktur”

Ts. Mohamad bin Md. Som

“Pegawai Teknologi Maklumat (K)”

En. Hemmy bin Abd Jalal

“Unit Pentadbiran | Penolong Pegawai Tadbir Kanan”

Pn. Rozana binti Mohd Jalil

“Unit Pentadbiran | Penolong Pegawai Senireka”

En. Shah Ruddin bin Jaafar

“Unit Pentadbiran | Pembantu Tadbir (P/O)”

En. Mohd Esaruddin bin Ebas

“Unit Pentadbiran | Pembantu Am Pejabat”

En. Mohamad Nazri bin Misnon

“Unit Penyiaran dan Berita | Ketua Unit”

Vacant

“ ”

 

“Unit ICT - Penolong Jurutera (K)”

En. Khairul bin Nani

“Unit ICT - Penolong Jurutera”

En. Muhammad Saifullah bin Mohamed Nor

“Unit ICT - Penolong Jurutera”

Pn. Azizah binti Ali

“Unit ICT - Penolong Jurutera”

En. Mohd Hidzam bin Othman

“Unit ICT - Penolong Jurutera”

Pn. Halijah binti Sa'don

“Unit ICT - Penolong Jurutera”

En. Nazar bin Mohd Saleh

“Unit ICT - Penolong Jurutera”

En. Mohd Shafiee bin Abd Hadi

“Unit ICT - Penolong Jurutera”

En. Hairul Anuar bin Ahamaddariri

“Unit ICT - Penolong Jurutera”

En. Saharani bin Haron

FOLLOW US